Percubaan pertama : Pisang Goreng Cheese

Pisang goreng cheese merupakan cukup popular di kalangan masyarakat kita kini. Kemanisan dan kerangupannya yang dirasai mampu membuat kita lebih ketagih lagi untuk menikmatinya. Bertambah enak lagi jika dimakan ketika hangat. Pada yang tidak tahu mengenai kewujudan pisang goreng cheese, ianya merupakan pisang yang digoreng panas yang dicurahkan susu pekat serta ditaburkan dengan keju dan coklat.

Percubaan kali pertama membuat pisang goreng cheese? Seakan tak percaya. Walaupun kurang masuk ke dapur, tidak salah sekali-sekala mencuba bukan? Bahan-bahan yang senang didapati dan cara penyediaannya juga mudah tidak menghalang bagi mencuba membuat pisang goreng cheese kali pertama.

Pertama kali yang kita perlukan ialah mestilah pisang. Pisang yang boleh digunakan tidak kisah pisang jenis apa pun janji sesuai mengikut cara masakan anda. Pisang mempunyai pelbagai jenis seperti pisang tanduk,pisang nangka dan juga pisang nipah. Pisang yang saya guna ialah jenis pisang tanduk. Tips bagi memilih pisang, pastikan pisang tersebut tidak terlalu lembik dan terlalu masak. Pastikan sedang-sedang saja. Selain itu, bahan-bahan yang lain ialah tepung beras,tepung gandum, baking powder, sedikit kunyit atau pewarna kuning, telur, mentega dan keju ataupun coklat.

Bahan-bahan yang diperlukan

Potong pisang tersebut 2 bahagian, dan masukkan pisang tersebut ke dalam adunan tepung gandum, tepung beras, baking powder, serta kunyit atau pewarna kuning. Tidak lupa masukkan sekali sedikit garam dan 2 biji telur (mengikut kuantiti). Seterusnya, panaskan kuali dengan minyak. Gorengkan pisang yang telah digaul dengan adunan yang telah disediakan.

pisang yang sedang digoreng

Setelah siap digoreng semua, langkah seterusnya ialah membuat sos atau topping bagi pisang goreng cheese. Panaskan kuali dengan sedikit marjerin/mantega dan tunggu sehingga cair. Tutup api apabila sudah cair. Seterusnya, masukkan dua sudu besar susu pekat manis ke dalam kuali dan gaul rata.

mentega yang dicairkan bersama susu pekat

Apabila sudah siap, susun pisang ke atas pinggan dan tuangkan dengan sos/topping yang telah kita buat. Seterusnya, boleh taburkan keju tidak kisah jenis apapun di atas pisang goreng. Bagi yang tidak suka dengan keju, anda boleh gantikan dengan coklat. Siap untuk dimakan ketika hangat. Selamat mencuba!

Pisang goreng cheese yang telah dituang dengan sos/topping
Menggunakan keju jenis biasa

Filem Animasi Malaysia masih hebat !

Peluang menonton filem animasi Malaysia secara beramai-ramai sememangnya satu peluang dan pengalaman yang menyeronokkan. Sebagai pelajar Animasi, apabila mendapat peluang tersebut mesti tidak boleh dilepaskan. Pada 4 April yang lalu, pensyarah kami telah menganjurkan program menonton filem Upin&Ipin : Keris Siamang Tunggal. 3 buah bas dan kesemuanya pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) pergi menonton di GSC Aeon Rawang.

Dalam perjalanan menaiki bas

Upin&Ipin : Keris Siamang Tunggal mengisahkan dua beradik kembar Upin dan Ipin bersama-sama rakan mereka iaitu Ehsan, Fizi, Mael, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti dalam usaha menyelamatkan Kerajaan Inderaloka daripada kejahatan Raja Bersiong. Penggembaraan mereka bermula apabila terjumpa sebuah keris di dalam stor kepunyaan Tok Dalang. Dalam cuba mencari jalan pulang, mereka diduga dengan pelbagai halangan dan rintangan. Namun dengan bantuan Mat Jenin, Belalang serta pelbagai watak lagenda lagi, Upin Ipin dan rakan-rakannya berjaya mengatasi halangan tersebut. Filem ini diarahkan oleh 3 orang pengarah iaitu Adam Amiruddin, Ahmad Razuri Roseli, dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim. Filem ini diterbitkan oleh Les Copaque Production Sdn Bhd.

Tiket filem Upin&Ipin : Keris Siamang Tunggal

Sememangnya strategi pihak penerbit bagi menyangkan filem ini semasa cuti sekolah sangat menguntungkan. Ternyata waktu kami menonton di sana. Hampir penuh Hall wayang di ada sana. Filem ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Bukan sahaja kanak-kanak boleh menonton, orang dewasa boleh juga kerana mempunyai pelbagai info dan nasihat berguna kepada audiens. Filem ini masih mengekalkan konsep animasi tiga dimensi (3D). Bagi saya, sejujurnya dalam filem ini ia mengangkat sejarah dan kisah mitos lagenda Melayu pada waktu dahulu. Kanak-kanak yang menonton boleh belajar mengenai sejarah lagenda terdahulu. Filem ini juga ringkas dan padat serta tidak membosankan. Susunan cerita disusun dengan elok serta tidak membuang masa. Pengenalan watak juga diperkenalkan secara teratur. Walapun terdapat banyak watak lagenda di dalam filem ini, audiens cepat mengenalpasti watak tersebut. Elemen grafik juga sangat cantik dan bagi target filem kepada audiens seperti kanak-kanak, mereka akan lebih kagum dan khayal dengan dunia fantasi seperti yang dipaparkan.

Akhir sekali, filem ini berjaya memberikan hiburan yang berkualiti tinggi dan mampu membuat animasi kita berada di tahap yang lebih tinggi. Sudah pasti filem ini akan berjaya mendapat kutipan yang tinggi pada tahun 2019.

Bergambar bersama maskot Upin&Ipin

Lawatan ke The Rift, Mid Valley

Selasa, 9 April 2019

The rift merupakan taman pengembaraan realiti (AR) dan realiti visual (VR) yang pertama di Asia Tenggara. The Rift yang bertempat di Mid Valley ini mempunyai sebanyak 25 permainan dunia maya, bersama dengan realiti tambahan dan daya tarikan fizikal.

pintu masuk The Rift

Sampai sahaja di The Rift, permainan pertama yang kami cuba ialah Hurricane VR. Bagi saya, permainan ini wajib dicuba jika menjejakkan kaki di sini. Pemain yang menaiki permainan seakan roller coaster ini akan dipusingkan badan mereka 360 darjah sambil dipakaikan VR Box di mana mereka akan berasa seperti di dalam dunia tersebut.

di hadapan Hurricane VR

Seterusnya, kami mencuba permainan Terminator X iaitu permainan pertempuran laser tag, di mana mereka akan diberikan senjata laser untuk menembak dan berlawan dengan satu lagi pasukan lawan. Walaupun permainan ini memenatkan, ia tetap pengalaman yang menyeronokkan.

Terminator X

Setelah penat mengeluarkan peluh, kami mencuba permainan yang agak santai sedikit iaitu RaceRoom, di mana pemain akan merasai pengalaman berlumba kereta F1 yang sebenar. Kawalan permainan seperti stereng kereta yang bergegar akan membuatkan anda teruja dan seronok. Percubaan pertama saya berjaya mendapatkan nombor 4 daripada 8 pemain yang lain.

Permainan raceroom

Seterusnya, permainan 4D yang wajib anda cuba iaitu Motion Blaster! Anda akan merasai seperti di dalam dunia maya dan merasai pengalam berperang dengan raksasa. Yang membuatkan permainan ini bertambah menarik lagi ialah faktor gegaran daripada kerusi dan angin yang kuat daripada sekeliling anda membuatkan keadaan seperti sebenar. Bagi saya, permainan ini paling terbaik yang saya pernah main. Percubaan pertama saya berjaya mendapat tempat ketiga.

mendapat tempat ketiga dalam Motion Blaster

Permainan terakhir yang kami sempat cuba ialah Hado. Hado merupakan gabungan teknologi Augmented Reality (AR), sensor gerak, peranti dipasang pada kepala dan telefon pintar yang meletakkan anda seperti dalam permainan video dan berlawan dengan satu lagi pasukan lawan. Satu pasukan hanya 3 orang dan permainannya hanya melemparkan bola api kepada pihak lawan dan membuat perisai.

Permainan Hado

Terima kasih kepada pensyarah subjek Virtual Reality kerana menganjurkan lawatan seperti ini. Pengalaman ini sangat seronok bagi saya dan rakan-rakan.

Menerokai bandar Melaka

Selasa 2 April 2019

Sekitar pemandangan Melaka

Assalamualaikum…

Bila mendapat peluang berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka sehari suntuk, peluang tersebut tidak dilepaskan. Oleh kerana cuti pertengahan semester yang lepas tiada apa-apa yang ingin dilakukan, rancangan berjalan sekitar Melaka ini datang secara spontan. Sebelum berjalan sakan, saya sempat menikmati sarapan di Kedai Kopi Chung Wah. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 ketika itu, pelanggan masih ramai.

Kopi bersama Nasi Ayam

Seterusnya, saya menaiki kota A Famosa yang terkenal. Saya sempat bertegur sapa dengan chinese uncle yang meniaga di situ. Kagum sebentar dengan hasil karya beliau. Walaupun sudah berumur, masih mencari rezeki dengan menggunakan bakat beliau.

Saya berjalan di sekitar Jonker Walk. Ketika sibuk menangkap gambar pemandangan, ada tuan kedai yang menawarkan diri menjadi model di hadapan kedainya. Peluang tersebut tidak dilepaskan dan dalam hati saya tak sangka ramah belaka orang di negeri Melaka ini.

Tuan empunya kedai
Sempat berposing di hadapan kedai beliau

Sebelum malam menjelang, saya sempat singgah di pasar malam Jonker Walk. Sekadar mencuci mata sebelum pulang. Sempat juga membeli sedikit ole-ole untuk kenangan.

Gelagat peniaga yang tengah sibuk melayan pelanggan
Gambar sendiri sebagai kenangan
Pemandangan waktu maghrib

Jumpa lagi nanti bandar Melaka jika panjang umur !